Padah Lancar Peluru Berpandu! Amerika Sekat 5 Pegawai Korea Utara

699

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat menjatuhkan sekatan ke atas lima pegawai Korea Utara yang didakwa terlibat dengan pemerolehan aset untuk program peluru berpandu balistik Pyongyang.

Sekatan itu dikeluarkan susulan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara yang dilaporkan jatuh di Laut Jepun pada hari Selasa sehingga mendorong kritikan daripada AS dan sekutunya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan, sekatan itu adalah sebagai tindak balas terhadap sekurang-kurangnya enam pelancaran peluru berpandu balistik yang dilakukan oleh Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) sejak September 2021.

Tindakan ini, adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AS untuk menentang senjata pemusnah besar-besaran dan program peluru berpandu balistik DPRK yang mengggunakan wakil luar negara untuk mendapatkan barangan untuk senjata secara haram.

Choe Myong Hyon yang berpengkalan di Rusia, didakwa menyediakan atau cuba menyediakan barangan atau perkhidmatan untuk menyokong Akademik Sains Semula Jadi Kedua (SANS), yang berada di bawah sekatan AS pada 2010 kerana menyokong program peluru berpandu Korea Utara.

Sementara empat individu lain pula adalah warga Korea Utara yang berpangkalan di China, merupakan wakil pertubuhan bawahan SANS, menurut Jabatan Perbendaharaan AS. Sim Kwang Sok, Kim Song Hun, Kang Chol Jak dan Pyon Kwan Chol dikenakan sekatan kerana memperoleh bahan berbeza berkaitan pengeluaran peluru berpandu.

Implikasi sekatan termasuk menyekat mana-mana kepentingan atau harta yang dipegang di AS dan secara amnya melarang mana-mana orang Amerika daripada menjalankan urus niaga dengan individu yang disenaraihitamkan, dan tidak menggalakkan untuk terlibat dalam urusan kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat