Padu! Sime Darby Jalin Kerjasama Bersama Porsche

459

Sime Darby menjalin ikatan kerjasama dengan Porsche AG untuk memasang kereta sport secara eksklusif bagi pasaran di Malaysia sahaja.

Pemasangan itu akan dilaksanakan di fasiliti kenderaan bermotor dan pengeluaran Sime Darby yang bakal menjadi kilang pemasangan pertama pengeluar kereta sport Jerman di luar Eropah.

Pengeluaran tersebut dijangka akan dijadualkan bermula pada 2022.

Menurut laporan, Porsche telah bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd pada Februari yang mana ia adalah anak syarikat Sime Darby Motors dan merupakan anak syarikat Sime Darby untuk membangunkan kilang pemasangan di Kulim, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd serta CEO, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata Sime Darby telah diberi kepercayaan bagi memasang kereta sport yang paling dikagumi di dunia.

Tambahnya, portfolio pemasangan adalah elemen penting dalam strategi pertumbuhan dan Sime Darby sangat senang hati untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Porsche.

Anggota Lembaga Eksekutif Porsche bagi penjualan dan pemasaran, Detlev von Platen mengatakan pembuat kereta mewah itu menantikan kenderaannya dipasang secara tempatan dan menjangkau pelanggan Malaysia pada tahun hadapan.

Jeffri memberi jaminan bahawa setiap Porsche yang dibangunkan oleh Sime Darby akan menepati standard dan proses yang sama seperti rakan sejawatnya di Eropah.

Setakat 4.41 petang, harga saham Sime Darby telah meningkat 1.70% kepada RM2.39 dengan memiliki permodalan pasaran sebanyak RM16.19 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat