Padu! Solana (SOL) Terus Pamer Prestasi Cemerlang Di Tengah Pembetulan Harga!

557

Ditengah kejatuhan harga Bitcoin dan percubaan untuk kembali ke paras harga $40,000, aset kripto lain Solana, Ethereum, Bitcoin Cash, Uniswap, dan Ripple menunjukkan keuntungan yang memberangsangkan. Aset kripto utama, setelah meningkat $ 6,000 dalam beberapa hari, Bitcoin sekali lagi gagal melepasi paras harga $40,000.

Altcoin sejak akhir-akhir ini mula kembali pembuat peningkatan ketara. ETH telah menambah nilai kira-kira $ 700 dan awal hari ini mencatatkan tertinggi enam minggu sekitar $ 2,460 (di Bitstamp). Walaupun mula menyusut, ETH masih didagangkan pada paras $2000, iaitu $2,336.06 ketika penulisan.

Disisi lain, aset kripto berikut masing-masing turut catat kenaikan harga dengan Binance Coin (2%), Cardano (2%), Dogecoin (1%), Polkadot (3%), dan Litecoin (1.5%). Walaubagaimanapun, Solana adalah kripto yang catat kenaikan terbesar berbanding kebanyakn altcoin yang lain dengan kenaikan 14%.

Solana merupakan rangkaian yang hebat kerana boleh menampung bebanan yang besar maka tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan kebanyakan projek. Ia menggunakan konsensus proof-of-stake (PoS) yang mana menjadikan platform ini berupaya memproses sebanyak 50,000 hingga 65,000 transaksi sesaat (transaction per second, TPS) pada kos yang rendah sekitar $0.00001 per transaksi.

Turut catat kenaikan harga yang besar adalah kripto quant (21%), Ontologi (14%), Siacoin (10%), dan OMG Network (10%). Disisi lain harga BTC telah membuat kenaikan $ 10,000 daripada paras harga $30,000 yang dikecapi minggu lalu. Terkini harga BTC didagangkan pada paras harga $39,031.31.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat