Pakar Bongkar Waktu Sebenar Sesuai Untuk Melabur Kripto!

4,069

Percaya atau tidak, masa yang dikatakan terbaik untuk melabur dalam mata wang kripto adalah waktu ketika pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup.

Perkara ini dibentangkan oleh seorang pakar di Bespoke Investment Group, Jake Gordon yang menyatakan waktu antara 4 petang di New York sehingga jam 9.30 pagi hari berikutnya, menghasilkan keuntungan sebanyak 270% pada 2020.

Menurutnya, selepas waktu penutupan merangkumi jangka masa lebih lama yang membolehkan sebarang berita atau pemangkin diambil kira sebelum pelabur boleh memulakan dagangan kripto.

Terangnya lagi, kadar pergerakan nilai Bitcoin (BTC) didapati adalah lebih tinggi pada hujung minggu semasa pasaran saham ditutup dan pergerakan sehariannya pula menurun ketika sesi dagangan bermula.

Hal ini telah membawa kepada hipotesis pakar bahawa mata wang kripto sensitif terhadap pergerakan dalam ekuiti AS dan kedua-duanya berada dalam spektrum aset berisiko.

Bagi pemudah bahasa, kripto dan ekuiti bergerak seiring di mana jika salah satunya meningkat satu lagi akan melonjak.

Memetik contoh ketika Federal Reserve (Fed) bertindak menaikan kadar faedah untuk meredakan inflasi, S&P 500 meningkat 0.2% pada petang 6 Jun dan pada masa sama BTC menambah 4.5% untuk didagangkan pada $31,280 atau RM137,538.16.

Ia secara tidak langsung membawa kepada korelasi oleh Gordon yang menyatakan waktu terbaik untuk melabur kripto adalah ketika pasaran ekuiti tidak bergerak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat