Pakar Dakwa Kejatuhan Pasaran Kripto Belum Lagi Berakhir!

656

Permodalan pasaran mata wang kripto global menyusut 7% sepanjang hari lalu untuk jatuh di bawah penanda aras penting $1 trilion yang kini berjumlah $996.2 bilion.

Menurut penganalisis kripto terkenal Willy Woo, kejatuhan mata wang kripto pada tempoh lalu memberi impak besar kepada pelabur jangka pendek yang mempunyai kos asas lebih rendah berbanding pelabur jangka panjang.

Sementara itu, Woo mengungkapkan bahawa keadaan pasaran kripto sekarang tidaklah separah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pasaran hanya mencapai 52% daripada token, manakala rekod terendah terakhir adalah 61%, 64% dan 57%.

Beliau turut menyebut sesungguhnya sejarah tersebut tidak perlu diulangi dalam kes ini susulan penyediaan hedging* masa depan belum mengambil On-chain* sehingga sekarang.

* Hedging adalah membuka dagangan secara strategik supaya keuntungan atau kerugian dalam satu kedudukan diimbangi oleh perubahan kepada nilai kedudukan yang lain

* On-chain merupakan urus niaga yang berlaku pada blockchain yang ditunjukkan pada public ledger yang diedarkan

Walaupun begitu, salah satu isyarat yang Woo memerhatikan sebelum modal putaran masuk semula adalah bekalan dalam profit trend line telah pecah dalam semua bahagian semasa pasaran kripto berada dalam keadaan bearish.

Selepas data inflasi AS diterbitkan pada Selasa, harga Bitcoin telah jatuh sehingga 10% dan berlegar kembali di zon $20,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat