Pakar Nasihatkan Pelabur Ekuiti Berjaga-Jaga Dalam Pengejaran ‘Market Rally’! Ini Sebabnya

255

Ketua pegawai pelaburan pengurus aset Switzerland Prime Partners terbaru tampil memberi nasihat kepada para pelabur saham terutamanya mengenai perkembangan saham semenjak dua ini. Bagi beliau, para pelabur harus berwaspada dalam mengejar lonjakan saham dan bon yang berlaku baru-baru ini memandangkan ketidaktentuan ekonomi semasa.

Francois Savary berkata adalah amat sukar untuk mempunyai kejalasan dalam apa yang berlaku dalam ekonomi kerana kitaran pelaburan semasa. Kata beliau dalam temubual, “Salah satu faktor utama yang menyokong lonjakan baru-baru ini ialah pasaran bon yang kukuh pada bulan Julai, telah mula pudar pada tahap tertentu.”

Selain itu ,pendapatan suku kedua adalah teguh buat masa ini dan ini berkemungkinan mendorong penganalisis menyemak semula ramalan pendapatan suku ketiga mereka. Jadi pihak beliau menganggap bahawa dua elemen yang boleh menyokong lonjakan selanjutnya dalam pasaran ekuiti tidak beberapa jelas.

Justeru beliau berpandangan bahawa para pelabur sebaiknya berawaspada dalam mengejar lonjakan pasaran ekuiti sejak pertengahan Julai. S&P 500 naik hampir 13% daripada paras terendah Julai, ditutup pada 4,140 pada hari Isnin, tetapi kekal turun sejak awal tahun. Mengenai bon, Savary berkata, “kita semua tahu sangat sukar untuk membuat wang di bahagian bon.” Beliau secara peribadi tidak memilih untuk mengejar kenaikan bon.

Pelabur dalam pasaran global sedang memberi perhatian pada tekanan inflasi, risiko kemelesetan dan kitaran pengetatan bank pusat, malah syarikat besar seperti Berkshire Hathaway dan SoftBank mencatatkan kerugian pelaburan pada sukuan yang berakhir pada Jun.

Buat masa ini, Savary berpandangan bahawa pasaran masih lagi menjangkakan adanya kebarangkalian kemelesetan. Atas dasar itu, para penganalisis terus memberikan perhatian kepada apa yang berlaku dalam pasaran.

Keluaran dalam negara kasar A.S. jatuh untuk dua suku pertama tahun ini, memenuhi definisi umum kemelesetan, walaupun NBER mentakrifkannya secara berbeza dan Rumah Putih menegaskan A.S. tidak sedang mengalami kemelesetan.

Pelabur akan melihat kepada data inflasi A.S. pada hari Rabu untuk mendapatkan petunjuk lanjut tentang keadaan ekonomi terbesar dunia tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat