Pakej Rangsangan Bernilai $900 Bilion Diluluskan! Apakah Tindakan Trump?

387

Pada hari ini, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat akhirnya meluluskan pakej bantuan Covid-19 bernilai $900 bilion sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membantu menyokong ekonomi dan membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Selain daripada pakej rangsangan Covid-19, para penggubal undang-undang juga meluluskan langkah rangsangan $1.4 trilion untuk membiayai kerajaan selama satu tahun lagi.

Kedua-dua rang undang-undang yang telah diluluskan itu telah diserahkan kepada Presiden Donald Trump untuk ditandatangani dan bertukar menjadi undang-undang. Trump dijangka akan mendatangani langkah rangsangan untuk membiayai kerajaan.

Pakej Covid-19 yang terkait dengan dana kerajaan persekutuan adalah berjumlah $2.3 trilion dalam perbelanjaan fiskal tahun ini dan sekarang sedang menunggu persetujuan Trump untuk menjadi undang-undang.

Sementara itu, penggubal undang-undang A.S. beralih kepada pembiayaan agensi persekutuan sehingga 28 Disember untuk mengelakkan berlakunya penutupan operasi kerajaan. Trump dilaporkan telah menandatangani undang-undang pendanaan ‘stopgap’ pada hari Selasa.

Peruntukan Covid-19 bertujuan untuk menjana ekonomi A.S selepas penularan wabak Covid-19 telah mengekang pertumbuhan ekonomi di seluruh negeri dalam A.S. Sebanyak lebih daripada 214,000 orang dilaporkan dijangkiti pandemik ini setiap hari dan 317,000 orang telah menemui kematian.

Rang undang-undang itu merangkumi pembayaran $ 600 kepada rakyat Amerika yang layak dan pembayaran tambahan kepada berjuta-juta orang yang diberhentikan kerja disebabkan impak Covid-19.

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin menyatakan cek pembayarn tersebut akan mula diedarkan kepada orang ramai seawal minggu hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat