Pandangan Pemimpin Mengenai Matawang Crypto Dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2018 Davos

640

Matawang digital dan bitcoin menjadi topik hangat yang diperbincangkan di World Economic Forum 2018 di , Switzerland berikutan gesaan daripada pemimpin politik yang mengesa pengetatan undang-undang terhadap industri matawang digital.

Kebanyakkan pemimpin menzahirkan keprihatinan terhadap matawang crypto. Matawang digital itu mempunyai potensi untuk digunakan dalam isu jenayah dan pengubahan wang haram.

Perdana Menteri UK, Theresa May mengesa ” kita harus menangani isu ini dengan lebih serius kerana matawang digital dapat disalahgunakan oleh penjenayah.”

Pengguna dapat menggunakan matawang digital itu untuk membeli apa sahaja barangan daripada dadah sehinggalah makanan jika terdapat permintaan dan penawaran. Selain itu, matawang crypto juga mempunyai potensi untuk merombak sistem kewangan global.

Canselor UK Philip Hammond berpendapat sekarang adalah waktu untuk menyeldik dan memperbaharui isu pengetatan undang-undang matawang digital sebelum jumlah nilai pasaran bitcoin dan crypto menjadi semakin besar.

Menteri kewangan US, Steven Mnuchin juga menzahirkan pandangan mengenai hal ini. Beliau berpendapat, fokus utama matawang crypto adalah ia tidak digunakan untuk jenayah dan pengubahan wang haram.

Terkini harga bitcoin berada pada paras $10,760.50 jatuh $1,000 daripada paras tertinggi semalam.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat