PANIK! PANIK! Gelombang Omicron Sudah Tiba di Malaysia

1,093

Omicron sudah tiba! Saya ulang, OMICRON SUDAH TIBA!

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa gelombang varian Omicron sudah bermula di Malaysia dan beliau menjangkakan kes melibatkan Covid-19 dalam negara akan meningkat.

Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa keadaan masih lagi dibawah kawalan ekoran kadar vaksinasi yang tinggi dalam negara.

Ciapan di laman Twitter berkata sistem penjagaan kesihatan negara dalam keadaan bersedia sementara kes-kes serius semakin berkurangan dan beliau percaya semua rakyat mampu mengharungi gelombang ini bersama-sama.

Dalam pada itu, ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerangkan dalam laman Facebooknya bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersiap sedia dalam menjalanakan pelaksanaan langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri secara berkala.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat