Para Pedagang Pound Meramalkan GBP Akan Lemah Walaupun Dengan Pengunduran Parti Brexit!

343

Para pedagang matawang pound meramalkan bahawa matawang GDP akan susut pada bulan hadapan berikutan risiko politik daripada pilihan raya bulan Disember walaupun selepas Parti Brexit menyatakan bahawa pihak mereka tidak turut serta bertanding dalam merebutkan kerusi di Pilihan Raya.

Pada bulan lepas, matawang GDP telah mengukuh sebanyak 1% berbanding US dolar selepas Perdana Menteri Boris Johnson dan Parti Konservatif beliau memegang suara dalam isu perjanjian Brexit. Dalam masa yang sama, Nigel Farage yang merupakan pemimpin Parti Brexit memilih menghindari daripada bertanding. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, pemain pasaran masih kekal berhati-hati dan menjangkakan matawang akan lemah.

Menurut Jeremy Strecth, pengurus strategi Imperial Bank Kanada, ini menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa pasaran masih belum yakin bahawa Parti Konservatif akan mencatat kemenangan majoriti pada bulan hadapan.

Keputusan pilihan raya yang bakal diadakan ini akan menentukan hala tuju pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah. Pasaran masih berhati-hati kerana khuatir, undian akan berakhir tanpa majoriti sehingga parti gabungan yang diketuai pihak pembangkang akan menyebabkan rundingan Brexit terus berlanjut dengan Brussels atau referendum lain dikemukakan.

Matawang GBP menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.02% pada paras 1.2848 setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat