Para Pelabur Sudah Mula Mengaut Keuntungan Menjelang Pilihan Raya Presiden AS!

2,575

Bursa saham pasaran hadapan Amerika Syarikat (A.S) melonjak tinggi pada hari Selasa berikutan harapan para pelabur yang mengjangkakan hasil yang jelas mengenai siapakah yang akan menjadi Presiden A.S. Pelabur tidak menjangkakan adanya penangguhan atau pilihan raya semula.

Momentum pengukuhan US dolar mula mendatar selepas pengukuhan dipamerkan sejak minggu lalu berbanding mata wang utama yang lain kerana pedagang matawang lebih cenderung mengambil posisi neutral menjelang pengumuman hasil pengumuman pilihan raya.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.56% kepada paras tukaran 93.618 setakat jam 8.45 p.m. Bursa pasaran hadapan Dow Jones diperdagangkan 436 mata lebih tinggi atau naik 1.7%. Manakala bursa pasaran hadapan S&P 500 naik 1.4% dan Nasdaq 100 meningkat 0.7%.

Menurut penganalisis, harapan pasaran terbesar ialah ketelusan dalam proses pilihan raya. Walaubagaimanapun, jika terdapat kepincangan, atau pilihan raya semula atau persaingan yang sangat ketat maka ia akan membawa risiko kepada pasaran saham dan matawang US Dolar.

Menjelang keputusan pilihan raya, mantan Naib Presiden Joe Biden sedang mengguli pungutan suara dengan memperolehi 52% sokongan berbanding Presiden Donald Trump yang meraih undian 42% berdasarkan tinjauan Wall Street Journal.

Dalam masa yang sama para pelabur juga memberi tumpuan impak pilihan raya kerana ia akan beri kesan pada Kongres. Perubahan dasar utama, termasuk rangsangan fiskal selanjutnya, bergantung pada mereka yang memiliki majoriti.

Ramai pemain pasaran percaya bahawa kemenangan Joe Biden akan menekan matawang USD lebih rendah berikutan jangkaan bahawa beliau akan membuka pintu kepada dasar yang dilihat oleh pelabur sebagai ‘dollar-negative’, termasuk rangsangan fiskal besar-besaran.

Sementara jika Trump menang pula, prospek terhadap nilai USD adalah kurang jelas. Ini kerana, walaupun pendekatan Trump yang berperang dengan China akan meningkatkan tarikan USD sebagai aset safe-haven, tetapi kenaikan ini mungkin akan dijejaskan oleh faktor-faktor seperti hasil perbendaharaan AS yang negatif.

Selain pilihan raya presiden, A.S. juga berhadapan dengan lonjakan kes Covid-19. Kes Covid-19 di A.S terus meningkat pada hujung minggu dengan lebih daripada 81,400 jangkitan baru direkodkan pada hari Ahad. Ini menjadikan tujuh hari kes di A.S mencatat lebih 81, 000 kes.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat