Paras $1.2100 Jadi Sokongan Untuk Lonjakan Seterusnya Pada Carta GBP/USD

168

Pergerakan awal minggu menyaksikan US dolar dilihat sedikit suram ekoran cuti umum di Amerika Syarikat (AS), dengan tumpuan pelabur kini terarah pula kepada penerbitan data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM yang dijangkakan melemah seperti data tinjauan pembuatan AS yang diterbitkan pada minggu lepas.

Selain daripada itu, pergerakan Pound sedikit menguat berbanding US dolar di awal minggu susulan tumpuan pelabur terhadap isyarat kenaikan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) yang diramalkan bakal membuat kenaikan sebanyak 50 mata asas.

Namun, kebimbangan terhadap isu Brexit masih lagi membuat pelabur berwaspada terhadap Pound, lebih-lebih lagi selepas Parti Buruh mengatakan UK tidak akan kembali ke Kesatuan Eropah (EU) dan bersedia untuk menentang Perdana Menteri Boris Johnson pada pilihan raya akan datang bagi meneruskan legasi Brexit.

Perhatikan pergerakan pada carta pasangan harga GBP/USD pada sesi dagangan awal minggu, harga dilihat meneruskan kenaikan melepasi paras 1.21000 dan berjaya menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal pergerakan bullish.

Namun harga yang mencapai paras ketinggian 1.21600 kemudiannya membuat penurunan semula untuk menutup dagangan sesi New York di paras 1.21000 semula.

Dijangkakan harga bakal meneruskan lonjakan yang lebih tinggi untuk menguji semula zon rintangan yang diuji pada awal minggu (Isnin), dan sekiranya kenaikan tersebut berjaya diteruskan harga bakal melantun menguji pula rintangan harga 1.23000 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Peningkatan harga yang lebih tinggi dilihat bakal menjadi kenaikan terbaru sejak 3 minggu bagi untuk mencapai semula ke paras ketinggian 1.24000.

Sebaliknya jika harga gagal untuk meneruskan kenaikan dan terdapat petunjuk perubahan trend bearish, zon sokongan semasa harga pada 1.21000 akan cuba dilepasi sebelum harga meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Sekiranya penurunan diteruskan, zon support 1.20000 yang dicecah pada Jumaat lalu bakal diuji sebelum harga yang meneruskan pergerakan trend bearish tersebut seterusnya akan menuju pula ke paras 1.19400 yang pernah disentuh harga pada dagangan pertengahan Jun lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat