Parlimen Digantung? Relax, Bursa Masih Berjalan Seperti Biasa

152

Kegusaran pelabur di sebalik situasi Parlimen Malaysia masih digantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang masih tidak jelas membuatkan ekuiti tempatan menyusut lebih 1%.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 14.77 mata pada 1,434.55 sebelum turun 17.78 mata pada 1,431.54 berbanding penutupan Khamis pada 1,449.32.

Di pasaran meluas, kerugian pada 470 atasi keuntungan pada 74, manakala 163 kaunter pula tidak berubah, 1,625 tidak didagangkan dan 48 digantung.

Jumlah perolehan pada 521.08 juta unit bernilai RM277.3 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen kekal berhati-hati dalam kalangan pelabur yang menantikan keputusan akhir penubuhan kerajaan dengan nama calon perlu diberikan kepada Istana Negara pada jam 2 petang.

Sungguhpn begitu, sektor defensif seperti utiliti ke telekomunikasi termasuk pengguna dijangka menjadi tumpuan.

Selain itu, Hong Leong Investment Bank meramalkan keputusan selepas penggantungan Parlimen bakal mencetus penjualan dengan merendahkan julat antara 1,470-1,540 untuk akhir tahun ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank turun 3 sen pada RM8.53 dan RM4.28, Tenaga hilang 11 sen pada RM8.27 manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare susut 7 sen pada RM8.55 dan RM5.90.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy kurang 1 sen pada 11.5 sen, Dagang Nexchange naik 4 sen pada 54.5 sen, Eden kumpul 5 sen pada 22 sen dan Genting susut 20 sen pada RM2.51.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah turun 134.02 mata pada 10,264.75, indeks FBM Emas kuncup 120.52 mata pada 10,152.72, FBM ACE jatuh 52.55 mata pada 4,862.37.47, indeks FBMT 100 hilang 114.02 mata pada 9,0896.78 dan FBM 70 susut 103.14 mata pada 12,056.36.

Segi sektor, indeks Tenaga turun 21.95 mata pada 701.38, indeks Perkhidmatan kewangan jatuh 58.49 mata pada 16,117.31, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 2.8 mata pada 175.8 dan indeks Perladangan junam 30.69 mata pada 6,849.54.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat