Parti Konservatif mendahului tinjauan undian, GBP/JPY Tunjukkan Kenaikan Pada Awal Sesi Eropah

300

Perkembangan terbaru rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali menyokong sentimen positif pasaran untuk permulaan yang baik bagi dagangan minggu ini.

Isyarat optimis oleh wakil perunding dari AS dan China berhubung usaha untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan fasa pertama dan dimaklumkan bahawa perjanjian bakal ditandatangani pada bulan ini.

Presiden AS Donald Trump juga menyatakan bahawa beliau akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di sebuah lokasi yang akan disahkan untuk menandatangani perjanjian tersebut selepas persidangan kemuncak di Chile telah dibatalkan.

Sentimen pasaran yang positif kembali menyebabkan dagangan safe-haven melemah terutamanya terkesan pada matawang Yen Jepun.

Sementara matawang Pound Sterling kembali mengukuh pada awal sesi pasaran Eropah hari ini berikutan laporan bahawa tinjauan undian menunjukkan parti Konservatif kerajaan masih mendahului keputusan.

Oleh itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY mula menunjukkan kenaikan pada awal sesi pasaran Eropah dengan pengukuhan matawang British Pound di samping Yen Jepun yang kembali diniagakan lemah dalam pasaran.

Kenaikan harga tersebut juga telah menembusi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) setelah harga bergerak mendatar di bawah garisan tersebut sejak dagangan Jumaat lalu.

Harga mula menunjukkan kenaikan menuju ke paras resistance terdekat di sekitar paras 140.700 untuk harga menguji paras ketinggian harga minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi dijangka menuju pula pada paras resistance 141.300 yang dicapai pada dagangan Oktober lalu.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, jangkaan destinasi yang bakal dituju harga adalah pada zon support 139.200 hingga 139.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat