Pasaran Asia Melantun Kembali Selepas Hasil Bon Amerika Syarikat Pulih Dari Paras Terendah 2017

283

Pasaran saham Asia hari ini kembali pulih pada dagangan Selasa selepas mengalami kerugian 2 hari ekoran kenaikan kembali hasil bon 10 tahun Amerika Syarikat namun para pelabur masih lagi berhati-hati terhadap kebarangkalian yang akan berlaku.

Indeks MSCI meningkat sebanyak 0.3% selepas kejatuhan 1.4% pada sesi sebelumnya. Saham Australia agak mendatar manakala Nikkei mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8% selepas kejatuhan terbesar semalam.

Beralih kepada China, indeks cip biru CSI300 dan indeks Hang Seng Hong Kong masing-masing meningkat sebanyak 0.3% dan 0.5% setakat ini.

Sebelum ini pelabur dikejutkan oleh kejatuhan mendadak dalam hasil bon Amerika Syarikat dan penyongsangan lengkungan hasil bon ini yang memberi isyarat kemelesetan ekonomi A.S.

Hasil bon Amerika Syarikat sebelum ini jatuh kira-kira sebanyak 18 mata asas sejak bank pusat Federal Reserve menurunkan unjuran kebarangkalian untuk kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat