Pasaran Bearish? Ini Saham ‘Long Term’ Pilihan Wall Street

182

‘Kata lunci dia long term, so ni pelaburan yang bukan instant profit lah maksudnya.’

Menutup tirai suku ke-3 (Q3), indeks-indeks utama Wall Street menyaksikan kerugian ekoran kenaikan pada hasil bon selepas Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah bagi membendung inflasi yang memuncak.

Hasilnya pelabur dilihat lebih berhati-hati dalam memilih pelaburan terutamanya pada aset berisiko memandangkan keadaan pasaran bergerak tidak menentu.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa saham yang dinilai memiliki prospek jangka panjang terbaik menurut penganalisis Wall Street.

Ikuti senarai saham pilihan penganalisis Wall Street di bawah.

GXO Logistics

  • Firma ini memanfaatkan bidang yang tidak diteroka dalam sektor pengangkutan, reverse logistic (penghantaran barangan dari pengguna kembali kepada penjual).
  • Penorakaan tersebut membawa pemerolehan terhadap syarikat Clipper Logistics untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju bidang reverse logistic.
  • Namun kegawatan makroekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat menggugat akaun firma kerana penjualan mereka bersandarkan mata wang asing.
  • Sungguhpun begitu, Jason Seidl dari Cowen menetapkan status ‘buy’ terhadap firma berdasarkan kualiti status peneraju reverse logistic jangka panjang.

TD Synnex

  • Dengan trend work from home dan perniagaan berteraskan IT semakin meningkat, firma perkhidmatan teknologi ini dijangka terus menjadi pilihan.
  • Sungguhpun ia tidak dapat mengelak daripada masalah makroekonomi namun keputusan bersukunya berjaya mengatasi semua unjuran pasaran.
  • Selain itu, penggabungan firma dengan syarikat Tech Data pada tahun lepas dijangka akan terus menyokong prestasi hasil yang kukuh dan kos sinergi.
  • Atas faktor itu, Vincent Colicchio dari Barrington Research mengelakkan status ‘buy’ dan mempertaruhkan syarikat akan mencapai sasaran kos sinergi $200 juta.

Alphabet

  • Menjelang acara ‘Made By Google’, firma dijangka melancarkan peranti baru dan sedikit-sebanyak boleh menampung kejatuhan saham pada Wall Street.
  • Turut tidak dilupakan bahawa firma adalah peneraju pengiklanan digital, penglibatannya dalam cloud computing dan transformasi digital.
  • Rentetan itu, Brian White dari Monness Crespi Hardt menyifatkan firma memiliki prospek jangka panjang yang bullish walaupun pasaran peranti dikuasai Apple.
  • Berkesempatan dengan itu, White mengekalkan sasaran harga $145 terhadap saham Google.

Edison International

  • Firma tenaga ini dilihat berjaya mengharungi kegawatan makroekonomi dengan pencapaian mereka dalam menangani isu gelombang haba di AS baru-baru ini.
  • Ekoran itu, Shelby Tucker dari RBC Capital yakin bakal terdapat pertumbuhan penggunaan tenaga elektrik sebayak 60% menjelang 2030 dan 2045.
  • Ulas Tucker bahawa penggunaan tinggi daripada elektrifikasi mungkin akan diimbangi penjanaan yang diedarkan, bateri dan langkah kecekapan tenaga.
  • Maka sasaran harga $82 dikekalkan oleh Tucker dikekalkan dengan prospek mereka menjadi pilihan permain utama yang menarik untuk melabur dalam elekrifikasi masyarakat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat