Pasaran Beri Reaksi Berbeza Selepas Data Pekerjaan & Harga Pengeluar Dikeluarkan!

453

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran sekali lagi catat bacaan yang baik dengan prestasi menurun pada minggu lalu seiring dengan pemulihan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak dan peningkatan vaksinasi.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 375,000, turun 12,000 bagi minggu yang berakhir pada 7 Ogos berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Ini merupakan penurunan ketiga minggu berturut-turut.

Bacaan ini menurun berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 387,000 setelah disemak semula dan bacaan minggu lepas juga selaras dengan tinjauan para penganalisis yang mensasarkan jumlah tuntutan hanya 375,000.

Setahun yang lalu, negara telah mencatat hampir 1.5 juta tuntutan baru seminggu berikutan penutupan sektor ekonomi. Walaubagaimanapun, seiring peningkatan vaksinasi yang lebih meluas dan kes-kes jangkitan Covid-19 semakin menurun secara mendadak telah mendorong peningkatan dalam pekerjaan.

Disisi lain, tahap tuntutan berterusan menurun kepada 2.886 juta, turun 114,000 dari tahap semakan minggu sebelumnya. Ekonomi telah catat pemulihan yang pantas terutama pada suku kedua.

Disisi yang berbeza, harga pengeluar A.S meningkat lebih daripada yang dijangkakan. Hal ini membawa indikasi bahawa inflasi masih tetap tinggi kerana permintaan yang kuat berikutan pemulhan ekonomi. Indeks harga pengeluar untuk permintaan akhir meningkat 1.0% bulan lalu setelah meningkat 1.0% pada bulan Jun. Dalam 12 bulan hingga Julai, PPI melonjak 7.8%.

US dolar kembali kukuh dengan naik 0.03% kepada 92.950.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat