Pasaran Buruh Kangaroo Mendatar Untuk 2 Bulan Beturut-Turut

88

Kadar pengangguran Australia kekal mendatar pada November sungguhpun terdapat 2,000 penambahan kerja sehari, menandakan kegawatan pasaran buruh.

Menurut Biro Perangkaan Australia, kadar pengangguran bulan lepas mencatat 3.4% dengan majikan menawarkan 64,000 jawatan tambahan pekerja sepenuh masa.

Ia secara tidak langsung juga selari dengan unjuran pasaran pada 3.4% dengan peningkatan bersih kira-kira 15,00 hingga 20,000 pekerjaan.

Sebelum ini kadar pengangguran Australia capai paras terendah 50 tahun namun memulih pada 2022 dengan pelonggaran sekatan Covid yang digabungkan dengan lebih sedikit pelajar luar negara dan pemegang visa jangka pendek.

Ikuti rincian data buruh Australia di bawah.

  • Bilangan penganggur turun sebanyak 7,400 kepada 491,700 dengan,
    • Pekerjaan sepenuh masa susut 1,100 kepada 322,900.
    • Pekerjaan separuh masa jatuh 8,300 kepada 168,700.
  • Pekerjaan naik sebanyak 64,000 kepada 13.77 juta, atasu unjuran pasaran sebanyak 19 ribu dengan
    • Pekerjaan sepenuh masa tambah 34,200 kepada 9,602,500.
    • Pekerjaan sambilan canak 29,800 kepada 4,167,800.
  • Kadar penyertaan mengecil mengecut 66.8% berbanding ramalan 66.6%, kembali ke paras tertinggi Jun 2022.
  • Kadar pengangguran turun kepada 5.8% iaitu 2.9% di bawah pra-pademik.
  • Waktu bekerja bulanan dalam semua pekerajaan merosot sebanyak 9 juta kepada 1,901 juta jam.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat