Pasaran Crypto Kembali Pulih Selepas Kejatuhan Berturut-turut

692

Pada minggu ini, jumlah pasaran matawang kripto mencapai paras tertinggi pada 7 januari iaitu sebanyak $833 billion. Pada 8 Januari 2018, jumlah pasaran jatuh sebanyak sebanyak $200 billion kepada $682 dan lebih parah ia jatuh ke paras $631 pada 11 Januari. Namun pada hari ini jumlah pasaran matawang kripto telah naik kepada $678.

Harga bitcoin pula telah jatuh daripada paras tertinggi $17,684 kepada paras terendah mingguan pada $13,105. Terkini harga bitcoin telah membuat kenaikan kepada $13,920.

Minggu ini sahaja teradapa 4 isu yang menghentam pasaran matawang kripto, yang pertama penutupan perlombongan bitcoin di China. Kedua isu serbuan pihak berkuasa Korea Selatan di platform pertukaran terbesar di negara itu. Ketiga sentimen yang dimainkan oleh media bahawa kerajaan Korea Selatan akan mengharamkan matawang kripto di negara itu. Disebabkan ia di laporkan oleh media-media utama, ia menyebabkan pelabur mulai panik dan memberi impak terhadap pasaran kripto semalam. Keempat, tidak lepas komentar Warren Buffet berkenaan pasaran bitcoin akan hancur.

Pada awalnya matawang kripto Ethereum tidak begitu terkesan, namun sejak semalam harga Ethereum telah menunjukkan kejatuhan selepas naik 20%.

Matawang kripto Ripple jatuh daripada paras harga $3 kepada paras harga $1.8 seunit. Selepas pengumuman kerjasama MoneyGram dan Syarikat Ripple, harga matawang kripto itu mula melonjak naik melebihi 20.94% kepada paras harga $2.06setakat jam 2.35 p.m

Selain itu, matawang kripto lain juga menunjukkan peningkatan sedikit daripada kejatuhan beberapa hari ini. Beberapa platform pertukaran masih lagi membataskan pendaftaran baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat