Pasaran Di Lihat Sedang Berhati-Hati Menjelang Mesyuarat FOMC Pada Awal Pagi Nanti.

939

Pasaran hari ini menyaksikan ekonomi kedua terbesar di dunia iaitu China bakal mengurangkan jumlah tunai yang perlu dipegang oleh bank-bank komersial sebagai rizab untuk suku tahun kedua. Hal ini menunjukkan bahawa akan berlakunya dasar pengetatan monetari di negara itu.

Bermula sesi Eropah, indeks harga pengeluar Jerman dicatatkan kekal pada 2.6% tahun ke tahun pada Februari 2019, sama seperti bulan sebelumnya pada paras lapan bulan terendah namun kurang daripada jangkaan pasaran sebanyak 2.9%. Ini bakal memberi cerminan yang negatif buat harga peringkat pengguna di Jerman.

Antara data ekonomi yang menjadi tumpuan pelabur pada sesi Eropah adalah data kadar inflasi tahunan di United Kingdom yang meningkat kepada 1.9% pada bulan Februari 2019 daripada 1.8% pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.8% sekaligus memberi impak yang baik kepada nilai dagangan Pound Sterling sebentar tadi.

Tumpuan pelabur yang seterusnya untuk hari ini bakal tertumpu kepada mesyuarat dasar monetari bank pusat Federal Reserve yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi Khamis, 2:00 pagi Malaysia. Semestinya, nada ucapan Gabenor Jerome Powell dan hala tuju FED yang akan menjadi tarikan pelabur dalam mesyuarat kali ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat