Pasaran Forex Hari Ini Didorong Oleh Keyakinan Perdagangan Global Dan Harapan Brexit Untuk Ditangguhkan

579

Matawang AS Dolar hari ini bermula dengan dagangan yang lebih rendah pada sesi Eropah selepas keputusan Presiden A.S. Donald Trump untuk menangguhkan lebih banyak tarif terhadap import China sekaligus mencetuskan sentimen pasaran yang positif.

Bukan itu sahaja, pasaran saham China yang melonjak ke paras tertinggi sejak 3 tahun juga memberikan kesengsaraan terhadap pergerakan matawang USD. Melawan USD, Yuan naik sebanyak 0.2% susulan perkembangan positif dalam perbincangan perdagangan AS-China.

Susulan hal ini, Aussie dan Kiwi juga mengambil kesempatan untuk meningkatkan nilai dagangannya berbanding USD. Tambahan lagi, Kiwi disokong oleh data domestik iaitu laporan jualan runcit pada suku tahun keempat 2018 dengan bacaan yang tinggi daripada suku tahun sebelumnya iaitu 1.7% daripada 0.3%. Ia merupakan kenaikan terbesar dalam sektor runcit di negara itu sejak suku tahun pertama 2017.

Beralih dalam sesi dagangan Eropah, nada positif pasaran global juga dibantu oleh khabar angin bahawa Kesatuan Eropah mungkin bersedia untuk melanjutkan rundingan Brexit selama dua tahun yang boleh menyebabkan UK kekal dalam EU sehingga 2021. Faktor ini jelas akan memberikan reaksi positif kepada Pound.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat