Pasaran Forex Tenang Pada Pembukaan Sesi Pasaran Asia.

79

Aussie sedikit jatuh pada pembukaan sesi pasaran Asia hari ini menjelang data-data berimpak rendah pada hari ini.

Pasangan matawang AUD/USD susut 0.03% kepada 0.7929 manakala USD/JPY meningkat 0.11% kepada 109.32 setakat jam 9.30 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain menurun 0.06% kepada 93.42

Minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada ucapan-ucapan wakil bank pusat di persidangan tahuan bank pusat Fed di Jackson Hole.

Selain itu, data perumahan dan barangan tahan lama turut diberi perhatian bagi melihat kesan-kesannya terhadap polisi Fed seterusnya. Di kawasan zon eropah pula akan mengeluarkan data aktiviti sektor swasta.

Pada penutupan pasaran hari Jumaat minggu lepas, dolar jatuh berbanding matawang yang lain berikutan para pelabur bimbang dengan risiko polisi fiskal Trump yang semakin buruk dan jangkaan kenaikan kadar yang mungkin akan lebih beransur-ansur.

Greenback telah susut kepada paras terendah empat bulan yang lalu berbanding Yen pada awal sesi pasaran Jumaat lepas sehinggalah lewat sesi dagangan hari tersebut, perletakan jawatan ketua strategi White House, Steve Bannon telah menyokong sedikit pengukuhan US dolar sebelum penutupan pasaran.

Dolar telah meningkat ke paras tertinggi 14 tahun yang lalu selepas Trump berjaya menjadi Presiden US dalam pilihan raya November 2016 yang lalu, dengan harapan perlaksanakan pelan ransangan fiskal dan pembaharuan cukai beliau akan menguatkan ekonomi. Walau bagaimanapun, dolar semakin menyusut disebabkan oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keupayaan pentadbiran Trump untuk mencapai agenda yang telah dijanjikan.

Matawang euro pula meningkat tiga minggu berturut-turut berbanding sterling dengan EUR/GBP meningkat 0.56% berikutan pasaran menjangkakan tiada perubahan pada kadar faedah bank pusat England (BoE) pada masa yang terdekan kerana masih terkesan dengan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat