Pasaran Kekal Optimis, Tinggi Mana Agaknya BTC Nak Panjat Ni?

213

Terbaru kerajaan A.S telah mencapai semacam perjanjian mengenai siling hutang apabila Presiden Joe Biden dan Republikan Kevin McCarthy dilaporkan telah mencapai perjanjian siling hutang yang hampir menuju tarikh akhirnya pada 1 Jun. Sentimen ini telah mendorong lonjakan dalam pasaran kripto.

Harga BTC telah melonjak lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi selama tiga minggu. Altcoin juga berada dalam dagangan yang positif pada hari ini dengan ETH mencecah $1,900 buat kali pertama sejak awal Mei.

Bitcoin sebelum ini telah didagangkan secara sideways pada minggu lepas kerana gagal untuk melepasi paras rintangan $27,500 beberapa kali. Akhirnya harga BTC beralih arah dan merosot ke bawah $26,000 untuk kali pertama dalam dua minggu.

Selepas melakukan beberapa pemulihan, harga BTC kembali kepada julat biasa iaitu $26,500 dan $27,500 sebelum sentimen siling hutang mengambil tempat.AS akhirnya mencapai perjanjian mengenai had hutang, BTC melonjak lebih tinggi dan menghampiri $28,500, yang menjadi tanda harga tertinggi sejak 8 Mei.

Ethereum adalah antara yang mendapat keuntungan paling ketara dalam 10 kripto teratas. ETH meningkat hampir 3% dan cuba untuk melepas paras rintangan $1,900. Binance coin pula meningkat kepada $316. Turut mengikut trend adalah ipple, Cardano, Dogecoin, MATIC, Solana, Polkadot, Litecoin dan Avalanche.

Disisi lain LDO dan QNT antara kripto yang mencatat keuntungan yang tinggi antara 5-6%. Secara keseluruhan, jumlah had pasaran kripto melebihi $1.170 trilion awal hari ini, yang bermakna ia telah menambah $30 bilion setiap hari dan $70 bilion dalam empat hari.

Pasaran beri tumpuan pada paras sokongan $27.4K dan paras rintangan $29K.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat