Pasaran Kembali Berombak, Harga Minyak Nak Naik Ke Turun Ni?

362

Harga minyak mentah kembali memulihkan beberapa kerugian selepas mengalami kejatuhan drastik berikutan perkembangan terbaharu mengenai rundingan nuklear Iran yang menunjukkan isyarat positif.

Pada hari Rabu, seorang perunding dari Iran telah membuat ciapan di laman twitternya yang mengatakan bahawa usaha untuk memulihkan perjanjian nuklear semakin hampir.

Tehran juga kelihatan bersedia untuk kembali ke pasaran Asia selepas pegawai dari National Iranian Oil Co. milik negara bertemu penyuling Korea Selatan untuk membincangkan mengenai potensi bekalan.

Penganalisis mencadangkan bahawa kesepakatan tersebut boleh membawa pengeluaran kepada kira-kira 1.3 juta tong sehari dan membantu meredakan pasaran global yang kekurangan.

Hal ini telah mendorong dagangan minyak mentah menjunam ke bawah paras harga $90 setong.

Namun begitu, berita terbaharu daripada Rusia kembali melonjakkan harga minyak selepas angkatan bersenjata Ukraine dilaporkan telah melepaskan serangan meriam dan bom tangan di lokasi Republik Rakyat Luhansk (LPR).

Laporan ini telah menyebabkan risiko perang Rusia-Ukraine kembali meningkat walaupun masih belum diketahui mengenai kesahihannya memandangkan laporan tersebut dikeluarkan oleh media negara Rusia.

Pada awal sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent didagangkan stabil pada sekitar harga $93.40 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula sedikit berunah pada $92.30 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat