Pasaran Kewangan UK Bergelora, Kenyataan BoE Pill Ini Buatkan Pasaran Bimbang!

356

Pasaran Britain kini dilihat harus bersiap sedia untuk berhadapan lebih banyak ketidaktentuan berikutan ketidaktentuan politik pada hari Rabu, dengan para pelabur menantikan tindakan susulan dari menteri kewangan baharu dan adakah Perdana Menteri Boris Johnson dapat mempertahankan kedudukan beliau.

Pound didagangkan berhampiran paras terendah dua tahun berbanding US dolar dengan penyusutan sebanyak 0.45% kepada paras dagangan 1.1894. Walaubagaimanapun, pasaran saham masih kekal kukuh.

Beberapa penganalisis mengaitkan keuntungan itu dengan harapan untuk lebih banyak perbelanjaan awam, dan kenaikan harga saham adalah sejajar dengan keuntungan merentasi pasaran yang lebih luas dan menyusuli kejatuhan besar pada hari Selasa apabila Rishi Sunak berhenti sebagai menteri kewangan dan Sajid Javid meletakkan jawatan sebagai setiausaha kesihatan.

Penganalisis berpendapat bahawa pasaran akan bergelut sehingga mereka dapat menaakul mengenai tindak tanduk Nadhim Zahawi, menteri kewangan baharu, dan adakah Johnson kekal teguh dalam situasi politik ini.

Saham UK, yang jatuh teruk pada hari Selasa bersama-sama dengan penjualan pasaran yang lebih luas kemudian melonjak naik (pulih) pada hari Rabu. “Pasaran kewangan akan menilai perkembangan di sini dari segi impaknya ke atas dasar ekonomi. Jangkaan canselor baharu akan cederung kepada tambahan perbelanjaan awam aripada pendahulunya baru-baru ini,” kata Paul O’Connor, ketua Pasukan Multi Aset yang berpangkalan di UK di Janus Henderson.

Disisi yang berbeza, Ketua ekonomi Bank of England Huw Pill memberi amaran pada hari Rabu bahawa ekonomi Britain akan perlahan dalam tempoh 12 bulan akan datang dan menekankan kenaikkan kadar faedah.

Dengan inflasi menuju ke arah dua digit dan pertumbuhan dalam ekonomi semakin pudar dengan pantas, Pill berkata BoE sedang mencari jalan keluar di antara dua cabaran besar ini dengan harapan dapat mengembalikan pertumbuhan harga pengguna kepada sasaran 2%.

Institusi antarabangsa, seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan OECD, berkata Britain lebih terdedah kepada kemelesetan dan inflasi yang berterusan tinggi berbanding negara Barat lain yang bergelut dengan kejutan pasaran tenaga dan komoditi global.

BoE telah menaikkan kadar faedah sebanyak lima kali sejak Disember, menaikkan kadar kepada 1.25% daripada 0.1%. Pengetatan yang lebih pantas dijangkakan walaupun pertumbuhan semakin berkurangan kerana inflasi tertinggi dalam 40 tahun menghakis kuasa beli isi rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat