Pasaran Kripto Boleh Dilibas Teruk Jika AS ‘Default’!

352

“Harapnya dapat selesaikan secepat mungkin supaya harga kripto tak jatuh.”

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan anggota tertinggi Republikan Kevin McCarthy bersedia memulakan semula perbincangan berkenaan perjanjian siling hutang memandangkan kebimbangan mengenai default semakin meningkat.

Walaupun pasaran kripto ataupun saham pada masa ini masih tidak terjejas, JPMorgan memberi amaran kepada para pelabur bahawa harga boleh berada dalam pergerakan volatile apabila situasi default menghampiri.

Sementara Bank of America Research mendedahkan kebimbangan isu siling hutang biasanya akan menyebabkan saham mengalami tempias ketika default yang dijangka bakal tercetus dalam tempoh dua minggu lagi.

Semasa bercakap mengenai perkembangan ekonomi, Goldman Sachs turut berkata bahawa baki tunai Perbendaharaan AS boleh jatuh di bawah $30 bilion menjelang lapan sehingga sembilan Jun 2023.

Pun begitu, pasaran saham AS menyaksikan terjunan apabila perbincangan awal antara Presiden AS dan Speaker Dewan Rakyat Kevin McCarthy pada hari Jumaat lepas tidak menjadi tanpa kehadiran Biden, tetapi keseluruhan penurunan dibendung susulan S&P terus didagangkan pada julat 4,200.

Umum mengetahui bahawa kejatuhan besar dalam pasaran saham AS mungkin akan mengakibatkan pasaran kripto terkesan susulan harga BTC boleh tergelincir ke $25,000 ataupun bawah lagi untuk mencecah paras terendah bulanan baharu.

Pada hari Isnin semalam, kedua-dua pemimpin itu iaitu Biden dan McCarthy dilaporkan telah bermesyuarat untuk membuat keputusan segera berhubung isu siling hutang yang berupaya memberi kesan ke atas landskap kewangan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat