Pasaran Menantikan Lebih Banyak Rincian Perkembangan Perdagangan AS-China!

291

Pergerakan matawang sedikit terbatas dalam bertindak balas pada perkembangan perjanjian perdagangan AS-China pada hari Isnin. Pasaran menzahirkan sedikit kelegaan apabila pada minggu lepas, kesepakatan perdagangan AS-China telah dicapai namun pasaran masih kecewa kerana tiada butiran yang dikeluarkan dan mengkhuatirkan jumlah taruhan sempena hari natal.

Kesepakatan perjanjian tersebut diumumkan pada hari awal pagi hari Sabtu (waktu Malaysia) selepas dua setengah tahun rundingan di antara Washington dan Beijing, dimana beberapa tarif AS ke atas barang-barang China akan dikurangkan sebagai pertukaran China akan meningkatkan pembelian ke atas produk pertanian, pembuatan dan tenaga AS berjumlah $ 200 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang sebagai tambahan kepada jumlah yang dibelinya pada 2017.

Susulan daripada laporan ini, matawang Australia telah mencatat pengukuhan manakala matawang safe haven menyusut.

Menurut pakar strategi Forex, setakat ini pasaran masih kekurangan maklumat, walaubagaimanapun berita baiknya pasaran lebih pasti tentang prospek perdagangan AS-China.

Matawang Euro mengukuh hampir 0.20% berbanding US dolar pada paras 1.1139 setakat jam 11.45 p.m. Manakala matawang Sterling terus melonjak naik meneruskan pengukuhan pada hari Jumaat selepas parti Konservatif memenangi pilihan raya.

Menurut penganalisis, tumpuan kini diberikan pada isu Brexit dan tarikh akhir pada 31 Januari, dimana dengan kemenangan pilihan raya tempoh hari telah memberi mandat kepada Perdana Menteri Boris Johnson untuk menjayakan Brexit.

Terkini pada hari Isnin, laporan menyatakan Perdana Menteri Boris Johnson telah berhubung melalui panggilan telefon dengan Presiden A.S Donald Trump bahawa mereka berharap dapat terus menjalinkan kerjasama yang lebih era dan berunding mengenai rundingan “perjanjian perdagangan bebas”.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan menyusut sedikit sebanyak 0.09% pada paras 96.645 setakat jam 11.55 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat