Pasaran Minyak Bercampur Di Sesi Asia, Pelabur Masih Meneliti Anggaran API Semalam

38

Harga minyak mentah bercampur di sesi Asia hari Rabu dengan para pelabur masih menunggu bacaan rasmi bekalan minyak mentah US dan produk penapisan oleh EIA hari ini.

Di New York Mercantile Exchange, pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) bulan Oktober naik 0.08% kepada $48.27 setong setakat jam 11.15 pagi, manakala di Intercontinental Exchange, minyak brent didagang pada $54.16, susut 0.20%.

Semalam, American Petroleum Institute (API) melaporkan bacaan bekalan minyak mentah US mingguan naik 6.18 juta tong pada minggu lepas, lebih 2.5 juta daripada jangkaan.

 

Peningkatan tersebut merupakan kenaikan dua kali berturut-turut selepas badai Harvey menimpa Amerika, memaksa penutupan sebahagian kilang penapisan di Texas dan pengeluaran domestik. Pengeluaran juga terpaksa dikurangkan bagi mengelak lebihan bekalan. Hub bekalan minyak di Cushing, Oklahoma melaporkan peningkatan sebanyak 1.32 juta tong.

Walau bagaimanapun, bekalan gasolin jatuh 7.9 juta tong dan bahan sulingan juga jatuh 1.81 juta tong berikutan kilang-kilang penapisan utama di Houston dan Corpus Christi masih tutup pada minggu lalu. Laporan rasmi pasaran minyak US oleh Energy Information Administration (EIA) menjadi fokus pelabur komoditi hitam hari ini. Perbezaan yang besar sering dilihat antara bacaan API dan EIA.

Semalam, harga minyak mentah tutup tinggi selepas laporan pengeluaran OPEC jatuh pada bulan Ogos, namun kenaikan dihalang dengan laporan bekalan minyak US oleh API yang meningkat diluar jangkaan.

Laporan bulanan OPEC menjelaskan pengeluaran pada bulan Ogos jatuh 79,000 tong sehari kepada 32.76 juta tong berikutan pengeluaran yang menyusut di Venezuela, Iraq, UAE dan Saudi Arabia mengimbangi lebihan pengeluaran di Nigeria.

Permintaan minyak dunia dijangka meningkat 1.35 juta tong sehari kepada 98.12 juta tong, menungjukkan peningkatan sebanyak 70,000 tong berbanding laporan sebelum ini.

Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo juga menyatakan, “Hal ini jelas menunjukkan proses pengimbangan semula sedang dijalangkan”, dan menjelaskan keyakinan beliau bahawa permintaan pada pertengahan tahun kedua akan terus meningkat, mengurangkan lebihan bekalan yang ada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat