Pasaran Minyak Kembali Bernafas Selepas Rugi Besar Minggu Ini

179

Harga minyak kekal berlegar di sekitar paras terendah walaupun penurunan yang dicatatkan telah terhenti ketika pasaran menuju ke penghujung minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $89 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan stabil pada $83 setong.

Kedua-dua penanda aras telah mencatatkan kerugian kira-kira 4% pada minggu ini yang membawa dagangan Brent ke paras terendah tujuh bulan sementara WTI AS pula paling lemah lapan bulan.

Kejatuhan ini berpunca daripada kebimbangan pasaran terhadap prospek permintaan yang semakin lemah susulan penutupan baharu Covid-19 di China yang merupakan pengimport utama minyak dunia.

Dalam perkembangan terbaru, bandar raya besar Chengdu melanjutkan penutupan ke atas lebih 21 juta penduduknya pada hari Khamis, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa ia akan menjejaskan pemulihan ekonomi dan mengaburkan prospek permintaan.

Penurunan harga minyak berlaku walaupun selepas OPEC+ mengumumkan pemotongan dalam pengeluarannya dan ancaman Rusia untuk menghentikan aliran tenaga ke negara yang menyokong had harga minyak mentahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat