Pasaran Minyak Semakin Stabil, Harga Brent Naik Menghampiri $60

67

Harga minyak meneruskan peningkatan pada hari Jumaat dengan Brent semakin hampir ke paras $60 per tong, didorong dengan pasaran yang semakin seimbang selepas Putera Mahkota Arab Saudi berkata akan menyokong lanjutan had pengeluaran minyak yang diketuai oleh OPEC.

Pasaran hadapan Brent di ICE naik 7 sen atau 0.12% kepada $59.37 pada jam 11.30 pagi.

Brent telah naik kepada paras tertinggi tahun ini serta telah melebih paras harga yang susut sejak pertengahan tahun 2015 yang lalu.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $52.66, naik 0.04%, stabil berdekatan dengan penutupan harga sesi lalu, dan masih kekal naik menghampiri paras tertinggi tahun ini sekitar $55, selepas jatuh mendadak sejak bulan Mac yang lalu

“Harga minyak meningkat tinggi semalam dengan Brent menghampiri harga $60, disokong oleh komen Saudi yang bersetuju untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak sehingga akhir tahun 2018”, kata Jeffery Halley, ketua analisis pasaran dariapda OANDA Singapura.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman menyatakan kerjaan bersedia menyokong lanjutan had pengeluaran minyak bagi membantu menstabilkan permintaan dan penawaran komoditi hitam.

Antara faktor lain yang menyokong pengukuhan harga adalah krisis geopolitik di Iraq dan Iran yang mengakibatkan penurunan eksport dan pengeluran minyak.

Walaupun OPEC dijangka akan melanjutkan pemotongan bagi menstabilkan pasaran, pengeluaran minyak mentah US terus menekan usaha OPEC mengekang lebihan bekalan global.

Energy Information Administration (EIA) melaporkan pengeluaran minyak US naik 1.1 juta tong sehari kepada 9.5 juta tong pada minggu yang berkahir 20 Oktober lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat