Pasaran Mula Cerna Indikasi Terbaru, Fed Daly Dedahkan Jangkaan Kenaikan Kadar!

199

Presiden Rizab Persekutuan San Francisco Mary Daly pada hari Khamis telah mengeluarkan pandangan bahawa menaikkan kadar faedah sama ada 50 atau 75 mata asas pada bulan September adalah suatu yang “munasabah” di mana ia diperlukan mengurangkan inflasi .

“Kami berpendapat perlu menaikkan kadar sekurang-kurangnya ke paras neutral – iaitu sekitar 3% ,” kata Daly.

Apabila mencapai tahap tersebut, Daly berkata, kadar faedah harus dikekalkan selaras dengan strategi “kenaikan dan tahan”. Pandangan itu nampaknya menolak harga dalam pasaran niaga hadapan yang mencerminkan jangkaan untuk pemotongan kadar faedah tahun depan

“Perkara paling buruk yang boleh anda miliki sebagai perniagaan atau pengguna ialah kadar naik dan kemudian turun dengan cepat … ia boleh menghadirkan pelbagai ketidakpastian,” kata Daly.

“Saya rasa kita tidak mahu mempunyai idea ini bahawa kita akan mempunyai laluan kenaikan kadar yang tidak sekata di mana kadar meningkat dengan sangat pantas tahun ini dan kemudian dikurangkan secara agresif tahun hadapan.”

Keputusan kenaikan kadar the Fed bulan hadapan akan bergantung pada bagaimana data mengenai inflasi, pekerjaan dan metrik ekonomi lain berkembang, kata Daly. Bagaimanapun, beliau juga mengingatkan bahawa dengan kelembapan ekonomi global bertindak sebagai penghalang kepada pertumbuhan A.S., maka kita perlu mengambil kira perkara tersebut”

Bank pusat A.S. komited untuk menurunkan semula inflasi kepada sasaran 2%, katanya, dan perlu menaikkan kadar yang cukup untuk memastikan inflasi – berjalan pada kadar tahunan 8.5% mengikut ukuran indeks harga pengguna yang diperhatikan secara meluas.

“Kami juga tidak mahu keterlaluan dalam implimentasi dasar dan mendapati bahawa kami telah mengetatkan ekonomi lebih daripada yang diperlukan. Itu hanya satu kesilapan yang tidak dipaksakan,” kata Daly.

“Ini adalah tindakan mengimbangi untuk memastikan kami melakukan secukupnya, dan memastikan kami tidak melakukan terlalu berlebihan berikutan risiko yang ada”.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat