Pasaran Mula Sangsi Terhadap Jangkaan NFP Selepas Data Tuntutan Pengangguran Dikeluarkan!

600

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka meningkat pada minggu lalu walaupun pasaran buruh mencatat pemulihan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, peningkatan vaksinasi dan rangsangan fiskal yang besar.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 719,000 bagi minggu yang berakhir pada 27 Mac berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.

Bacaan ini meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 658,000, iaitu angka paling sedikit sejak pertengahan Mac 2020. Dimana Mac tahun lepas, kerajaan telah mengenakan perintah berkurung dan menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bacaan ini juga melebihi jangkaan para pakar yang meramalkan hanya 680,000 aplikasi. Pakej bantuan pandemik dari Rumah Putih yang bernilai $ 1.9 trilion akan mengirimkan cek tambahan $ 1,400 kepada isi rumah yang berkelayakan dan memperluaskan rangsangan kerajaan untuk mereka yang menganggur sehingga 6 September bagi meningkatkan perbelanjaan pengguna.

Menurut pengamat ekonomi, pasaran buruh masih jauh dari pemulihan sepenuhnya.Tuntutan pengangguran tetap berada di atas puncak 665,000 yang dicatat semasa kemelesetan ekonomi pada 2007-2009. Dalam pasaran buruh yang sihat, kebiasaanya jumlah tuntutan adalah berada dalam lingkungan 200,000 hingga 250,000.

Walaupun begitu, tinjauan Reuters mendapati data NFP dijangka akan meningkat sebanyak 647,000 pekerjaan pada bulan lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat