Pasaran Optimis – Bursa Saham Wall Street Melonjak Naik Susulan Kenyataan Trump!

248

Bursa saham di Wall Street mengukuh pada hari ini berikutan pasaran semakin optimis dengan hubungan perdagangan AS-China. Trump mengatakan bahawa China telah menghubungi beliau dan mahukan rundingan perdagangan diteruskan semula.

Walaubagaimanapun, pentadbiran China belum mengesahkan panggilan tersebut namun laporan tersebut telah menyakinkan para pelabur. Ketegangan perdagangan  semakin tegang bermula Jumaat lepas apabila kedua-dua buah negara saling berbalas pengenaan tarif.

Menurut penganalisis pasaran, persoalannya bukanlah apakah benar Trump menerima panggilan daripada China atau tidak tetapi ialah pada mesyuarat bulan September. Adakah rundingan tersebut akan membuahkan hasil atau tidak.

Bursa Saham Dow Jones melonjak 160 mata asas atau 0.6% setakat jam 10.40 p.m. Manakala Bursa saham S&P 500 melonjak 17 mata atau 0.6% dan Bursa Nasdaq naik 54 mata.

Antara syarikat yang mengaut keuntungan yang banyak ialah syarikat yang terkait dengan KFC iaitu Beyond Meat dengan mencatat peningkatan 3.9% dalam Bursa Nasdaq. Hal ini berikutan KFC sedang menguji pemasaran dengan memberi nugget secara percuma di restoran-restoran Atlanta.

Syarikat Apple pula bangkit daripada kejatuhan selepas jatuh 4% pada hari Jumaat berikutan kekhuatiran terhadap perang dagang. Syarikat Apple mencatat peningkatan 1.9%.

Selain pasaran saham, pasaran komoditi juga mengukuh apabila minyak mentah naik 1.2% kepada $54.84. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.35% pada paras 97.873 setakat jam 11.00 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat