Pasaran Saham Terus Susut Sementara Hasil Bon AS Lonjak Paras Tertinggi 3 Tahun

200

Pasaran ekuti dunia mengalami penyusutan hasil penurunan pada saham teknologi di Eropah pada 2% dan Amerika Syarikat (AS) pada 2.6%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia ditutup rendah 1.33% dan indeks STOXX 600 pan Eropah jatuh 0.59% apabila bursa serantau susut, kecuali CAC 40 Perancis yang naik 0.12%.

Ketidaktentuan menyelubungi saham cip biru Perancis yang diapit prospek pengundian pusingan akhir antara Macron-Le Pen.

Setakat ini, aset Perancis dilihat kurang menarik ekoran sentimen pasaran negatif dengan agenda perlindungan Le-Pen berkenaan pemotongan cukai dan nasionalisasi.

Ketua strategi ekuiti Julius Bear, Mathieu Racheter, tidak menjangka pasaran ekuiti Perancis meningkat sebelum pusingan ke-2 sebaliknya beliau menjangkakan banyak turun naik dan dagangan terikat dalam julat.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 1.19%, S&P 500 hilang 1.69% dan Nasdaq Composite turun 2.18%.

Prestasi semalaman pasaran Asia menyaksikan indeks meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun jatuh 1.6% dan Nikkei 225 Tokyo susut 0.61%.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS melonjak ke paras tertinggi sejak 2019 menjelang data inflasi yang akan menyaksikan Federal Reserve (Fed) akan mengetatkan dasar polisi.

Penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun naik 7 mata asas pada 2.793%.

Menurut pengarah urusan strategi pelaburan dan peruntukan aset SLC Management, Dec Mullarkey, Fed dijangka bergerak lebih agresif dengan menaikan 50 mata asas pada setiap 3 mesyuarat polisi akan datang.

Terangnya lagi, mereka tidak mahu menjadi isu dalam penggal pertengahan, iaitu pilihan raya bulan November yang akan menyaksikan Republikan menentang Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden di Senat dan Dewan Perwakilan AS.

Selain itu ahli ekonomi meramalkan indeks harga pengguna (CPI) AS pada Selasa akan mencatat peningkatan 8.4% tahun ke tahun pada bulan Mac sementara mereka juga tidak menolak kebarangkalian kemelesetan ekonomi tahun depan sebanyak 40%.

Dalam pada itu, harga Bitcoin jatuh 5.66% pada US$39,748.60.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat