Pasaran Sesi Asia Sudah Dibuka, Apa Perlu Pelabur Tahu?

432

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan raja mata wang US dolar kekal menjuarai carta mata wang dengan diperdagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pergerakan pasaran dijangka perlahan pada sesi Asia dan Eropah memandangkan kebanyakan bank ditutup sempena cuti Easter Monday.

Bagaimanapun, penerbitan data pertumbuhan ekonomi China akan menjadi tumpuan para pelabur terlebih dahulu pada sesi Asia yang diunjurkan mencatatkan pengembangan sebanyak 4.2% untuk suku pertama tahun ini.

Kebimbangan terhadap kemungkinan bacaan yang suram dalam data ekonomi China, meletakkan mata wang sensitif Australia dan New Zealand kekal di belakang US dolar yang kuat.

Sementara mata wang yuan pula kekal stabil pada sekitar harga 6.38 berbanding USD, disokong oleh keputusan Bank Pusat China (PBOC) pada minggu lalu yang mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah meskipun terdapat ancaman daripada gelombang baharu wabak Covid-19 dan ketidakpastian dari perang Ukraine-Rusia.

Selain itu, mata wang yen terus menyusut lebih jauh sehingga menyentuh paras terendah terbaharu sejak 2002 berbanding dolar greenback ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, mata wang euro dan pound kekal lemah dengan tumpuan pelabur kini dialihkan kepada penerbitan data ekonomi utama dari Eropah pada minggu ini, iaitu PMI pembuatan dan perkhidmatan.

Beberapa ucapan dari gabenor dan pengerusi dari Federal Reserve (Fed), Bank Pusat England (BOE); Eropah dan New Zealand juga akan menjadi fokus utama pasaran pada minggu ini bagi mendapatkan petunjuk lebih jelas mengenai pandangan mereka terhadap dasar monetari semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat