Pasaran Siap Siaga Menjelang Mesyuarat FOMC, Ini Yang Berlaku Pada Pasaran Mata Wang Pada Ketika Ini!

455

US dolar menunjukkan pengukuhan pada hari Isnin, mengembalikan prestasi cemerlang semula yang sebelum ini mula pudar pada awal bulan. Permulaan minggu yang baik ditengah pengeluaran data dan penetapan kadar bank pusat, termasuk oleh Bank of England dan yang paling penting Rizab Persekutuan.

Mata wang euro pula susut 0.36% kepada $0.9932, sterling kehilangan 0.67% kepada paras dagangan $1.1537 dan US dolar mengukuh 0.82% berbanding yen Jepun kepada paras dagangan 148.6.

Waima begitu US dolar dijangka akan berhadapan penurunan bulanan pada Oktober berikutan jangkaan Rizab Persekutuan A.S. boleh memberi isyarat program kenaikan kadar masa depan yang kurang agresif pada mesyuarat dasarnya yang bermula pada hari Selasa.

Walau bagaimanapun, lewat minggu lalu naratif ini mula pudar. Menurut Samy Chaar, ketua ekonomi di Lombard Odier, “pasaran mata awang berada dalam fasa menunggu dan memerhati apakah keputusan yang bakal di ambil oleh FOMC pada hari Rabu”.

“Persoalannya ialah adakah the Fed akan meneruskan langkah agresif atau the Fed akan lebih seimbang dalam tindakannya?”

Bank pusat Australia dan Kanada kedua-duanya telah menaikkan kadar kurang daripada jangkaan pada mesyuarat Oktober mereka, dan pasaran membaca nada dovish dalam kenaikan 75 mata asas Bank Pusat Eropah minggu lepas.

The Fed dijangka akan menyampaikan satu lagi kenaikan kadar 75 mata asas apabila mesyuarat berakhir pada hari Rabu, yang merupakan kenaikan keempat berturut-turut. Pasaran berbelah bahagi sebanyak 50% peluang kemungkinan kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat bulan Disember.

Euro hampir tidak bertindak balas selepas data dikeluarkan pada hari Isnin yang menunjukkan inflasi zon eropah lebih kritikal daripada jangkaan pada 10.7%, rekod tertinggi baru.

Turut dikeluarkan pada hari Isnin adalah data yang menunjukkan Jepun membelanjakan 6.3499 trilion yen ($42.8 bilion) dalam campur tangan mata wang bulan ini untuk menyokong yen. Di sisi yang berbeza, yuan China merosot selepas data yang dikeluarkan pada hari Isnin menunjukkan aktiviti kilang China secara tidak dijangka jatuh pada bulan Oktober, terjejas oleh permintaan global yang lemah dan sekatan COVID-19 domestik yang ketat.

Iris Pang, ketua ekonomi untuk Greater China di ING, berpandangan, yuan akan erus melemah dalam jangka pendek memandangkan kelemahan ekonomi yang ketara. Di tambah pula dengan lebih banyak kes Covid-19 dan jangkaan penutupan ekonomi menjadikan yuan akan lebih terkesan.

Turut dalam agenda minggu ini ialah Bank of England yang akan bermesyuarat pada hari Khamis, selepas melalui tempoh yang tidak menentu dalam dasar politik dan fiskal British. Kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang lebih sederhana pada mesyuarat Selasa, walaupun ketika inflasi mencecah paras tertinggi dalam 32 tahun pada suku lepas. Dolar Aussie telah menyusut 0.355 kepada paras dagangan $0.6389.

Indeks US doolar A.S. terus mengukuh selepas bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva menewaskan Presiden Jair Bolsonaro secara tipis dalam pilihan raya peringkat kedua.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat