Corak kenaikan harga berjaya dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam, namun diperhatikan pergerakan adalah pada tempo perlahan.
Walaupun kenaikan berlaku, namun harga tidak berjaya mengatasi ketinggian dicapai pada dagangan penghujung minggu lalu.
Penganalisis pasaran telah menjangka pergerakan pasaran yang suram pada minggu terakhir 2023 ini namun disebabkan penyusutan US dolar yang berterusan telah memacu corak pergerakan yang diperlihatkan semalam.
Seperti Pound, mata wang utama lain juga turut meningkat sederhana susulan US dolar yang melemah kesan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dengan bacaan kurang memberangsangkan minggu lalu.
Jika diperhati pada carta GBP/USD, harga yang berlegar di paras 1.27000 telah berjaya bergerak di atasnya pada dagangan sesi New York semalam.
Garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD diuji namun harga dilihat melantun naik semula setelah menyentuhnya.
Menutup dagangan di sekitar ketinggian 1.27200, harga kekal berlegar perlahan di sekitar itu menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu).
Kenaikan harga berkemungkinan dijangka akan diteruskan, namun pada kadar yang perlahan dan akan cuba mengatasi ketinggian penghujung minggu lalu pada 1.27400.
Jika kenaikan masih diteruskan ke paras lebih tinggi, sasaran adalah untuk harga mencapai ke zon tumpuan 1.28000.
Sebaliknya, jika harga merudum jatuh di bawah paras 1.27000, pergerakan harga di bawah garisan MA50 semula akan menjangkakan pertukaran trend bearish untuk berlaku.
Penurunan harga boleh dijangkakan untuk mencecah semula hingga ke paras tumpuan pada 1.26000.
Namun, dengan jangkaan pergerakan harga yang tak menentu pada penghujung Disember ini akan buatkan pelabur lebih berhati-hati mengawal risiko dagangan masing-masing.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG