Pasaran Terpaksa Berputih Mata, Data NFP Bulan September Mengecewakan!

1,095

Pertumbuhan pekerjaan dilaporkan tersasar daripada jangkaan pada bulan September di tengah usaha yang agresif oleh Rizab Persekutuan untuk memperlahankan inflasi . Ini secara tidak langsung nampaknya telah mula menjejaskan pengambilan pekerja, lapor Jabatan Buruh pada hari Jumaat.

Bacaan data NFP meningkat 263,000 untuk bulan Septemberberbanding anggaran Dow Jones sebanyak 275,000. Kadar pengangguran ialah 3.5% berbanding ramalan 3.7% kerana kadar penyertaan tenaga buruh semakin rendah.

Angka NFP bulan September menandakan penyusutan daripada kenaikan 315,000 yang dicatat pada bulan Ogos dan ia juga secara tidak langsung catat kenaikan bulanan terendah sejak April 2021.

Dalam angka gaji yang diawasi dengan teliti, purata pendapatan setiap jam meningkat 0.3% pada bulan tersebut, sejajar dengan anggaran, dan 5% daripada setahun yang lalu, peningkatan yang masih jauh melebihi norma pra-pandemik tetapi 0.1 mata peratusan di bawah ramalan.

Pasaran saham niaga hadapan bergerak lebih rendah selepas dikeluarkan manakala hasil bon kerajaan meningkat. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam mata wang utama mula didagangkan susut selepas laporan dikeluarkan. Waima begitu ia tetap kukuh di paras dagangan 112.59. Bitcoin juga mencata kejatuhan dengan jatuh di bawah paras $20,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat