Pasaran Waspada Menanti Data-data Penting Ini!

146

Pasaran mata wang bergerak mendatar pada sesi Asia ketika semua mata terarah kepada penerbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang akan dikeluarkan sebentar lagi.

Ekonomi Beijing diramalkan berkembang 1.6% pada suku keempat tahun ke tahun selepas pertumbuhan 3.9% pada suku sebelumnya, yang bakal menunjukkan impak berterusan daripada dasar sifar Covidnya.

Mata wang sensitif kepada pertumbuhan China, dolar Aussie dan New Zealand sedikit berubah dengan masing-masing didagangkan sekitar paras tertinggi 5 bulan dan 1 bulan berbanding greenback.

Sementara dagangan euro dan pound juga mendatar di sekitar paras ketinggian bulanan berbanding US dolar dengan pelabur turut menantikan keluaran data pekerjaan UK pada sesi Eropah.

Melihat perkembangan raja mata wang pula, dolar Amerika terus berlegar sekitar paras terendah 7 bulan berbanding pesaing utamanya di tengah-tengah penutupan pasaran AS berikutan cuti umum pada Isnin.

Tumpuan pelabur masih kekal tertumpu pada hasil bon kerajaan Jepun (JGB) apabila hasil 10 tahun melonjak di atas julat sasaran Bank of Japan (BOJ) pada 0.52%.

Menjelang mesyuarat polisi BOJ yang akan berlangsung minggu ini, di mana pasaran berspekulasi bahawa pembuat dasar bakal melakukan perubahan dalam dasar monetari mereka.

Pada sesi Asia, yen sedikit merosot daripada puncak ketinggian 8 bulan berbanding dolar greenback pada 128.76.

Di sisi lain, dolar Kanada didagangkan menyusut berbanding USD dengan tumpuan pelabur juga terarah kepada data inflasi Kanada yang akan dikeluarkan pada sesi New York.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat