Selepas perubahan trend berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu, harga dilihat meneruskan kenaikan lebih tinggi menyusuli gelora mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan untuk menaikkan kadar faedah dan Pengerusi Jerome Powell menyatakan masih terbuka ruang untuk bank pusat melanjutkan langkah kenaikan kadar.
Namun, US dolar tidak menunjukkan reaksi yang memberangsangkan selepas mesyuarat berakhir dengan pergerakan di penutup sesi New York melihatkan penyusutan nilai bagi raja mata wang itu.
Situasi ini dimanfaatkan oleh Pound untuk meningkatkan lagi nilainya dalam pasaran walaupun tiada pemangkin jelas yang menyokong mata wang itu.
Mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) akan dinantikan pada minggu hadapan untuk pasaran melihat sama ada pengetatan dasar masih akan diteruskan atau sebaliknya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-selepas-fomc-277
Jika di awal minggu harga pada carta GBP/USD telah melantun naik ke paras 1.29000, menyambung dagangan pada Rabu semalam harga telah melepasi paras tersebut dan mencapai ketinggian sekitar 1.29600 ketika reaksi mesyuarat FOMC.
Berakhir sedikit berundur di penutup sesi New York, harga menyambung semula corak kenaikan di sesi Asia pagi ini (Khamis) menuju ke paras tumpuan 1.30000.
Jika kenaikan berjaya dilanjutkan melepasi 1.30000, zon rintangan 1.31000 pula akan menjadi sasaran yang bakal diuji harga.
Namun waspada jika berlaku perubahan arah menyaksikan penurunan harga semula ke bawah.
Turun di bawah paras 1.29000 dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan menandakan corak bullish berakhir dan menjangkakan pergerakan trend bearish bakal bermula.
Seterusnya paras sokongan semasa buat harga pada sekitar 1.28000 akan diuji semula dan jika tembus lebih rendah, harga dilihat bakal mencecah ke paras 1.27000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG