Patah Hatiku, Siapa Yang Buat Bursa Terluka Berdarah Lagi?

148

Bursa Malaysia meneruskan dagangan minggu ini dengan pembukaan lemah buat 4 hari berturut-turut apabila sentimen kebimbangan kembali namun terdapat kemungkinan aktiviti bargain-hunting dalam pasaran.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.38 mata pada 1,481.99 daripada penutupan Isnin pada 1,487.37.

Indeks dibuka lemah 2.45 mata pada 1,484.92.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 277 mengatasi kaunter untung pada 103, manakala 217 kaunter pula tidak berubah, 1,721 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 179.06 juta unit bernilai RM88.93 juta.

Ulas naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng, sokongan belian dijangka muncul pada sesi dagangan hari ini dan indeks utama mungkin berlegar dalam aliran julat 1,480-1,500.

Jelasnya, pasaran semasa dikaburi sentimen negatif yang terlalu besar menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) dalam mengesahkan peratusan kenaikan kadar faedah dalam membendung inflasi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.87 dan Public Bank Bhd pula mendatar pada RM4.59 sementara Petronas Chemicals Group Bhd turun 4 sen pada RM8.66 dan IHH Healthcare Bhd jatuh 2 sen pada RM6.33.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd tambah 1 sen pada 5 sen, Cnergenz Bhd kumpul 2.5 sen pada 91 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) hilang 0.5 sen pada 84 sen dan AHB Holdings Bhd kekal pada 14.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengurang 43.56 mata pada 10,512.79, indeks FBMT 100 menyusut 41.49 mata pada 10,261.91, indeks FBM Emas Shariah menurun 60.60 mata pada 10,607.07, FBM 70 menghilang 67.87 mata pada 12,565.97 dan FBM ACE merudum 12.14 mata pada 4,842.86.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 26.86 mata pada 16,588.27, indeks Perladangan menyusut 53.90 mata pada 7,117.73, indeks Tenaga melemah 1.78 mata pada 663.62 dan dan indeks Produk dan Perkhidmatan merudum 1.25 mata pada 180.42.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat