Patutlah Kenaikan GBP/USD Agak Terhad

429

Seperti mata wang Euro, Pound Sterling juga turut bergerak perlahan dalam pasaran gagal untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang selepas penyusutan oleh US dolar.

Pelabur berwaspada untuk dagangan Pound menjelang laporan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan bagi bulan Januari pada Jumaat.

Bacaan tersebut yang akan diterbitkan bersama beberapa data ekonomi UK yang lain dijangka akan memaparkan angka yang kurang memuaskan sekaligus meningkatkan kebimbangan pelabur.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan peningkatan yang agak pasif walaupun US dolar bergerak susut dalam pasaran minggu ini.

Terdapat isyarat perubahan trend bullish pada carta GBP/USD selepas harga bergerak lebih tinggi melepasi zon sokongan 1.38500 dan juga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pada dagangan Rabu semalam juga menyaksikan harga yang membuat penurunan disokong oleh paras MA50 sebelum menutup dagangan sesi New York sedikit tinggi melepasi paras ketinggian hari sebelumnya di sekitar 1.39380.

Bersambung pada dagangan Khamis, pergerakan harga perlahan di sekitar paras ketinggian tersebut pada sesi Asia dan dijangka harga masih akan meneruskan kenaikan, tetapi pada kadar yang agak terhad.

Paras rintangan pada 1.40000 akan menjadi tumpuan utama harga setelah harga yang menguji paras tersebut minggu lalu beberapa kali masih gagal menembusinya.

Waspada jika harga kembali pamerkan penurunan semula dengan zon sokongan pada 1.38500 dilihat menjadi tumpuan semula.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.37000 yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada dagangan sebelum ini.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat