Patutlah Solana (SOL) Padu, Sekali Lagi Catat ATH Terbaru!

880

Sejak daripada bulan lalu, Solana (SOL) menunjukkan lonjakan sehingga lebih 92%. Tak dapat dinafikan, trend itu didorong oleh lambakan ciri dan aplikasi yang menjanjikan lonjakan yang lebih lama.

Menurut data daripada firma Sino Global Capital, berikut adalah kekuatan Solana ketika ini:

  1. Daripada kelewatan pada tahap rendah, prestasi yang tinggi dan kendalinya dengan mekanisme Proof of History, blockchain Solana mampu memproses sebanyak 50,000 TPS.
  2. Pada masa yang sama, penggunanya boleh manfaatkan kos yang rendah, rata-rata bernilai $0.0007 per transaksi dengan keserasian yang tinggi dan ini membezakan Solana dengan alternatif lain.
  3. Keserasian di blockchain Solana berupaya mendorong pertumbuhan ekosistem DeFi, lebih-lebih lagi daripada platform lain yang akan melaksanakan penyelesaian sharding dan lapisan kedua.

Untuk pengetahuan, sharding adalah kaedah pemisahan dan penyimpanan satu dataset dalam beberapa pangkalan data.

  1. Solana dijangka dibawa ke Ethereum dengan menerima sokongan untuk EVM (Ethereum Virtual Machine) sebagai penyelesaian lapisan kedua. Ditambah pula dengan pengalaman pengguna yang lebih ‘simplified’ dan komuniti yang memiliki lebih 25,000 penyumbang di GitHub, kontrak pintar berasaskan Rust.
  2. Solana memiliki pengaksesan yang lebih baik untuk pembangun baru dan berpotensi besar untuk melaksanakan banyak kes penggunaan.
  3. Solana juga memiliki sejumlah besar partnership yang berjaya menyatukan platform itu dengan beberapa projek terbaru DeFi. Misalnya, Audius, Oxygen, Serum dan banyak lagi.

Ketika parabolik semakin meningkat, SOL pada malam tadi berjaya merekod ketinggian sepanjang masa (ATH) baharu, $27.49. Bagaimanapun, SOL sedikit susut lebih 1% dengan nilai dagangan ketika penulisan $26.28, melonjak lebih 8% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat