Pedagang Minyak Sambut Baik Berita Positif Ini!

210

Momentum pengukuhan harga minyak disokong oleh laporan mengenai penyusutan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang memberi tanda-tanda kenaikan permintaan di negara itu.

Terbaru, laporan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan penurunan sebanyak 1.7 juta tong pada minggu lepas, sementara bekalan petrol dan penyulingan juga merosot.

Pengukuran permintaan bahan bakar untuk negara itu terus memperlihatkan kemajuan menuju ke tahap penggunaan normal.

Menurut EIA, purata petrol yang dibekalkan selama empat minggu melebihi 9 juta tong sehari untuk pertama kalinya sejak Mac 2020.

Sementara itu, stok penyulingan berada pada tahap terendah sejak April 2020, dengan ukuran permintaan setanding dengan yang tertinggi dalam tempoh tiga minggu.

Pada awal sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut sedikit di sekitar harga $68.30 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula diniagakan di sekitar harga $65.80 setong.

Walaupun sedikit susut disebabkan kebimbangan terhadap prospek bekalan lebih banyak dari Iran, tetapi harga harga masih kuat di sekitar paras ketinggian satu minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat