Pegatron Buat Hal Lagi, Apple Nekad Untuk Sekat Urusan Perniagaan

353

Apple Inc. pada hari ini dilaporkan telah menyekat urusan perniagaan bersama firma pembekal Taiwan, Pegatron Corp. selepas didapati melanggar undang-undang buruh dalam satu program bekerja sambil belajar.

Ekoran daripada isu tersebut pihak Apple tidak teragak-agak untuk menyekat kerjasama bersama pembuat iPhone itu sehingga hukuman selesai dijalankan.

Menurut laporan, firma pembuatan iPhone dari Taiwan itu didakwa salah mengklasifikasikan pelajar yang menyertai program tersebut, menggalakkan segelintir daripadanya untuk bekerja lebih masa termasuk syif malam.

Tindakan itu secara tidak langsung telah melanggar akta yang digariskan Apple iaitu Supplier Code of Conduct dan kini Pegatron di bawah pemantauan Apple.

Kes ini bukan kali pertama dilaporkan. Pada 2014 dan 2016 Pegatron berhadapan dengan tuduhan yang sama, menyebabkan firma itu menjadi topik utama kritikan golongan aktivis buruh sejak beberapa tahun lalu.

Pegatron merupakan rakan perniagaan bersama Apple yang banyak menyumbang kepada pemasangan produk Apple seperti iPhone. Sama seperti pesaing lain, Foxconn atau Hon Hai Precision Industry Co., Pegatron memainkan peranan penting sebagai pembekal global Apple.

Insiden tersebut membawa impak negatif kepada Pegatron memandangkan Luxshare berpotensi besar untuk mengambil alih pemasangan iPhone pada 2021.

Saham Pegatron susut sehingga 2.1% di Taipei dan sehingga Jumaat, saham Apple ditutup 0.1% rendah pada $118.69.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat