Pelabur Asing Kembali Jual Ekuiti Tempatan!

283

Aktiviti penjualan ekuiti tempatan di Bursa Malaysia oleh pelabur asing kembali diteruskan dengan penjualan yang bernilai RM249.3 juta pada minggu lepas, selepas membeli RM192.1 juta pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Research.

Dana antarabangsa meraih RM56.8 juta pada hari Selasa menjadikan indeks utama KLCI 0.2% lebih tinggi untuk ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh lima hari dagangan didorong oleh peningkatan harga minyak dunia susulan serangan ke atas kilang minyak Arab Saudi yang melonjakkan kemasukkan dana asing kepada saham berkaitan minyak dan gas.

Harga minyak kembali stabil pada Rabu, selepas Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaannya akan memulihkan sepenuhnya pengeluaran minyak negara itu menyebabkan saham berkaitan minyak dan gas mula mengalami penyusutan dan mencatatkan aliran keluar bersih asing bernilai RM40.5 juta.

Aliran keluar bersih asing mencatat keluaran dua kali ganda sehingga mencecah RM97.6 juta pada hari seterusnya susulan keputusan Rizab Persekutuan AS memotong kadar faedah buat kali kedua dalam tahun ini.

Seterusnya, walaupun terdapat rangsangan oleh beberapa bank pusat utama lain, aktiviti jualan bersih asing terus mengalami peningkatan lebih tinggi pada hari Jumaat kepada RM169.9 juta.

Memetik kepada laporan MDIF, pelabur asing telah menjual RM335.8 juta bersih iaitu paling rendah di kalangan negara serantau manakala bagi asas tahunan, dana antarabangsa telah mengeluarkan ekuiti tempatan bernilai RM7.68 bilion daripada bursa tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat