Pelabur AUD Terkejut, RBA Bertindak ‘Ganas’

1,053

Keputusan polisi Bank Pusat Australia (RBA) mencipta kejutan tersendiri pada sesi Asia selepas ia memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 0.85%.

Peningkatan ini sememangnya tidak dijangka oleh pelabur yang sebelum ini meramalkan kenaikan hanya sebanyak 25 mata asas akan dilaksanakan oleh bank pusat.

Ini juga merupakan kenaikan kadar berturut-turut yang pertama dalam 2 tahun, selepas para penggubal dasar mengatakan sokongan monetari tidak lagi diperlukan di tengah-tengah kekuatan ekonomi Australia dan tekanan inflasi semasa.

Gabenor Philip Lowe memberitahu dalam kenyataan selepas mesyuarat, bahawa Lembaga Pengarah menjangkakan akan mengambil langkah selanjutnya dalam proses menormalkan dasar monetari di Australia pada bulan-bulan akan datang.

Ujar beliau lagi, saiz dan masa kenaikan kadar faedah masa hadapan akan bergantung kepada data ekonomi dan penilaian para penggubal dasar terhadap projek inflasi dan pasaran buruh.

RBA juga mengulangi bahawa ia komited untuk melakukan apa yang perlu bagi memastikan inflasi kembali kepada sasaran selain turut memberi perhatian kepada prospek pertumbuhan global, yang terus dikaburkan oleh perang di Ukraine dan kesannya terhadap harga tenaga dan komoditi.

Sebagai reaksi awal kepada keputusan tersebut, dolar Aussie melonjak lebih tinggi sebelum kembali mengurangkan keuntungan kerana terbatas oleh pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat