Pelabur Bitcoin Bunuh Diri Selepas Kehilangan 2,000 Bitcoin!

6,114

Seorang trader Bitcoin dilaporkan mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas  kehilangan pelaburan matawang crypto dalam posisi leveraj yang tinggi. Berdasarkan laporan, Hui Yi kehilangan 2,000 Bitcoin selepas beliau memasuki short position. Hui Yi yang turut merupakan co-founder dan CEO BTE.TOP, sebuah firma analisis pasaran crypto akhirnya mengambil keputusan untuk bunuh diri dan ditemui mati pada 5 Jun yang lepas.

Berdasarkan harga pasaran Bitcoin, Yi telah mengalami kerugian sebanyak $16 juta dolar dalam 1 posisi sahaja. Yi yang trade dalam posisi leveraj 100x, terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

Leveraj ini dalam bahasa mudah ialah jaminan (pertolongan) sementara yang diberikan oleh broker. Ianya boleh dikatakan juga kontrak sementara antara pedagang/pelabur dan broker selagi pedagang tersebut masih mempunyai ekuiti dalam akaun mereka. Atas faktor ini, berdagang bitcoin secara leveraj kelihatan lebih menarik, seakan kita menggunakan wang orang lain untuk berdagang. Ia boleh membawa keuntungan yang banyak jika bergerak seperti yang diharapkan oleh kita, jika tidak maka terpaksa menangguh kerugian yang besar. Untuk pada pelabur/pedangan bitcoin yang melabur secara leveraj diharapkan hati-hati dan teliti.

Bagi kes Yi, beliau yakin dan menjangkakan harga Bitcoin akan jatuh maka beliau ambil keputusan untuk pertaruhkan 2,000 BTC dengan 100x leveraj. Dengan 1% sahaja kenaikan harga Bitcoin, beliau akan kehilangan kesuluruhan pelaburan.

Pada 31 Mei, YI menjangkakan harga bitcoin akan jatuh ke paras harga $7,000 dan turut menjangkakan retracement. Walaubagaimanapun, harga Bitcoin jatuh ke paras $8,300 dan melantun balik ke paras $8,700, tidak seperti yang diharapkan Yi.

Bitcoin

Pada ketika ini harga bitcoin berada pada paras harga $8,137.88 seunit setakat 13 Jun 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat