Pelabur Bitcoin Ini ‘Tepuk Dahi’, Kena Scam $600k Dolar!

1,648

Laporan terkini memaklumkan bahawa aplikasi bitcoin tiruan telah mencuri lebih $600,00 Bitcoin (BTC) dari pengguna iPhone.

Pemegang matawang kripto Phillipe Christodoulou kehilangan hampir semua simpanan beliau disebabkan aplikasi tersebut dan mengatakan bahawa Apple harus bertanggungjawab ke atas perkara ini.

Pada Februari lepas, Christodoulou ingin memeriksa baki Bitcoinnya yang tersimpan di wallet Trezor. Justeru beliau telah memuat turut aplikasi yang memilik nama dan logo yang sama dengan penilaian lima bintang di App Store iphone.

Beliau mendapati bahawa beliau telah kehilangan Bitcoin milik beliau selepas memasuki frasa kekunci. Tidak menyedari bahawa Trezor pada ketika ini tidak menyediakan aplikasi mudah alih, Christodoulou ternyata telah menggunakan aplikasi yang palsu dengan penarafan lima bintang.

Christodoulou akhirnya mengemukakan laporan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan. Tamsilannya, para pelabur kripto diharapkan terus berhati-hati dalam menggunakan sebarang aplikasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat