Pelabur Gelisah, Adakah Pergerakan Drastik USD/JPY Pada Sesi Asia Akan Berulang Lagi?

474

Pasaran agak bergolak pada minggu ini ekoran ketidaktentuan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang memberikan perkembangan sentimen rundingan yang berubah-ubah dalam waktu yang singkat.

Amerika Syarikat dikhabarkan sedang mempertimbangkan perjanjian matawang bersama China dan membuatkan ketegangan rundingan sedikit reda. Di samping itu, China juga bersetuju untuk membeli lebih banyak produk pertanian dari Amerika Syarikat.

Turut dilaporkan bahawa pentadbiran Trump bakal mengeluarkan lesen kepada syarikat Amerika bagi penjualan barangan produk Huawei Technologies yang sebelum ini disekat oleh kerajaan AS. Pasaran turut memantau perkembangan pertemuan wakil perdagangan dari dua negara itu untuk rundingan terbaru.

Pada awal sesi Asia bermula hari ini, pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY telah menjunam lebih 40 pips sebelum harga kembali mencatatkan kenaikan lebih 70 pips ke paras zon SBR (support become resistance) hampir mencecah 107.800.

Kenaikan tersebut didorong oleh perkembangan rundingan dagang yang positif menyebabkan penyusutan matawang Yen Jepun walaupun dagangan dolar USD masih dibayangi kebimbangan pada laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi ini.

Harga kemudiannya kembali menurun dan bergerak perlahan di sekitar zon tumpuan harga pada 107.400 sehingga bersambung ke dagangan sesi Eropah hari ini.

Jika melihat corak pergerakan menaik harga sejak penghujung minggu lalu, harga masih belum menembusi garisan trendline yang ditandakan dari paras terendah harga sebelum ini dan berpotensi untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Sekiranya paras resistance 107.900 pada zon SBR berjaya ditembusi harga, kenaikan harga seterusnya dijangka akan menguji semula paras ketinggian yang dicapai pada awal Oktober sekitar 108.400.

Namun jika penurunan harga kembali dipamerkan, harga dilihat akan melepasi penurunan di bawah paras 107.000 sebelum menuju ke zon support lebih rendah pada 106.600.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat